Jumat, 20 Desember 2013
Kim Mula Ketepikan Sahabat Baiknya
PERCINTAAN Kim Kardashian dengan Kanye West sememangnya mengubah banyak perkara terutama sekali yang melibatkan privasi dirinya.
Kehadiran bayi perempuan mereka, North West turut membataskan lagi aktiviti sosial bintang realiti itu terutama sekali bersama teman-teman lamanya.
Antara yang turut merasa tempias perubahan itu ialah sahabat baik Kim, Jonathan Cheban yang sebelum ini sangat rapat dan menjadi tempat selebriti itu meluahkan segala permasalahannya.
Dikhabarkan kini mereka berdua sudah jarang berjumpa dan tidak lagi semesra seperti dulu.
Jonathan juga dikatakan sedikit marah berhubung kelewatan Kim dan Kanye mengumumkan nama yang layak untuk menjadi ayah angkat North.
Baginya, dia merupakan orang yang paling sesuai mendukung peranan itu kerana dia merupakan teman paling rapat selebriti itu.
Bagaimanapun, kekecewaan Jonathan mungkin sedikit-sebanyak terubat oleh ibu Kim, Kris Jenner yang dilihat membeli-belah bersamanya baru-baru ini.
Peluang itu agaknya turut digunakan oleh jejaka itu meluahkan kesedihan yang terbuku di hatinya.
Biarpun Kris kelihatan gembira dan tidak henti-henti tersenyum, raut wajah Jonathan pula kelihatan agak sugul.
Mungkin mengenangkan betapa gembiranya dia dan Kim sewaktu selebriti itu masih tidak mempunyai apa-apa komitmen cinta. Kasihannya.
Oleh: ELZA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar