Jumat, 07 Februari 2014
Gempa Bumi Bermagnitud 5 5 Gegar Timur Jepun
TOKYO – Satu gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Ritcher melanda timur Jepun awal pagi tadi, menyebabkan beberapa bangunan di ibu negara bergegar, kata ahli seismologi.
Gempa berlaku jam 7.37 pagi di wilayah Ibaraki, utara ibu negara, pada kedalaman 59 kilometer, demikian menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) Loji tenaga nuklear Fukushima turut bergegar akibat gempa bumi itu namun tiada kerosakan dilaporkan.
Gempa yang berlarutan selama kira-kira 30 saat itu turut dirasai penduduk di sekitar Tokyo. – AFP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar