Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Suhu Matahari Meningkat Hasilkan Ribut Geomagnetik – Arah Kiblat Mungkin Berubah!


Kumpulan saintis berpangkalan di Kanada mendapati ribut geomagnetik yang melanda bumi akan mengganggu aplikasi pandu arah kiblat yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia.

Dalam laporan yang dikeluarkan TIMEZ5 hari ini, alat elektro-magnetik yang digunakan akan menerima kesan daripada ribut yang melanda bumi pada 29 Oktober baru-baru ini.

“Para saintis mendapati penganut Islam berkemungkinan menghadapi masalah untuk menunaikan tanggungjawab sembahyang lima waktu sehari,” katanya.

“Peralatan elektro-magnetik yang digunakan dalam kajian mengtinjauankan keputusan yang tidak konsisten,” katanya.

Susulan dengan perkembangan tersebut, TIMEZ5 menasihati penganut Muslim supaya mengingati arah kiblat yang mereka gunakan bagi memudahkan mereka untuk mengerjakan ibadat.

Fenomena ribut itu berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal iaitu 15 juta darjah celcius.

Peningkatan ini akan menyebabkan sebahagian besar gas matahari terbebas dan berlegar di ruang angkasa sehingga boleh memasuki lapisan atmosfera bumi.

TIMEZ5 adalah syarikat kesihatan pertama di dunia yang memberi tumpuan kepada gaya hidup umat Islam menerusi inovasi.

Antara produknya ialah sembahyang psikologikal dan tikar meditasi.

Kira-kira 60.4% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia adalah umat Islam dan Islam adalah agama rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. – The Malaysian Insider.
Read More..

Rabu, 12 Februari 2014

Mana Satu Ni – Sekarang Kata Tiada Tanda Azzimudie Lolos Ke Selatan Filipina Pulak!


agimuddin

**Semalam Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media memberitahu Azzimudie dah lolos ke Filipina, sekarang kata jangkaan.
KUALA LUMPUR — Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, tidak ada tanda yang membuktikan ketua militan Sulu, Azzimudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah melarikan diri ke selatan Filipina.
Katanya sehingga kini polis tidak mendapat sebarang petunjuk menyatakan Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata ke atas Lahad Datu telah berada di selatan Filipina.
Laporan lolos itu mungkin hanya satu jangkaan dan kemungkinan besar juga Azzimudie masih berada di Lahad Datu, katanya.
daulat 3
“Tetapi, andai kata dia telah berada di selatan Filipina, ini jelas menunjukkan dia memang seorang yang tidak bertanggungjawab kerana membiarkan anak-anak buahnya di sini berhadapan dengan pasukan keselamatan,” katanya hari ini ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang disiar secara langsung.
Akhbar hari ini melaporkan ketua pengganas Sulu itu lolos ke selatan Filipina dan meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.
Berhubung operasi pembersihan, Hamza berkata bermula semalam pasukan keselamatan bertumpu di Kampung Tanjung Batu setelah operasi penggeledahan dan pembersihan di kawasan Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo selesai.
“Jika kawasan Tanjung Batu dapat kita bersihkan hari ini, insya-Allah kita akan boleh katakan Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu adalah bersih,” katanya.
Beliau berkata bagaimanapun anggota keselamatan tetap akan diletakkan di ketiga-tiga kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.
Hamza turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.
“Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu,” katanya.
Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu manakala 61 musuh ditembak mati. — BERNAMA

Read More..