Tampilkan postingan dengan label banjir. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label banjir. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

Banjir MBKT Tubuh Pasukan Tindakan Khas


KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menubuhkan pasukan tindakan khas bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBKT, Ghani Idris berkata pasukan tersebut akan mengawasi kejadian pokok tumbang, longkang tersumbat dan sebagainya.

“Kita telah meletakkan pasukan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Ghani berkata sebagai langkah awal, tindakan membaik pulih jalan-jalan  berlubang telah dilakukan bagi mengelak kemalangan semasa banjir.

Beliau berkata MBKT akan membuka bilik gerakan banjir di Kelab Eksekutif MBKT di Batu Buruk, tahun ini, sebagaimana dilakukan tahun-tahun lepas.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai terutamnya yang tinggal di kawasan mudah dinaiki air, supaya waspada ketika musim tengkujuh.- BERNAMA
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Solat jamak musim banjir

SOALAN
Sahabat saya (perempuan) mintak tolong tanya pada ustaz. Kalau badan dan pakaian kotor kena lumpur banjir, tempat solat pun kotor, adakah itu dikira darurat ke? Boleh buat jamak? Ketika di pusat penempatan mangsa banjir ada tempat solat, tetapi kalau nak ambik wuduk terpaksa ambik depan lelaki macam mana tu? Mintak ustaz tolong jelaskan..

JAWAPAN
Solat fardhu sentiasa wajib dalam apa jua keadaan selagi beraqal dan waras. Ia juga wajib fardhu ain ke atas setiap individu Muslim dan muslimah walau dalam keadaan banjir.

Ulama mengharuskan jamak solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak disebabkan oleh keuzuran dan kesukaran tertentu yang munasabah. Ulama mazhab Maliki mengharuskan jamak bagi mereka yang tidak bermusafir disebabkan hujan, tanah terlalu berlumpur untuk ke masjid (termasuk banjir) dan juga disebabkan sakit. (Al-Muqaddimat wa Mumahhidat, 1/185)

Ulama mazhab Syafie mengharuskan jama solat disebabkan hujan yang boleh membasahkan semua pakaian, dan sebahagian ulama Syafie turut mengharuskan atas sebab sakit, tanah dan ketakutan atas keselamatan (biasanya merujuk kepada perjalanan ke masjid atau pertahanan diri seperti tentera dan lainnya). (Al-Umm, Al-Syafi’e, 1/76 ; Kifayatul Akhyar, 1/337)

Ulama mazhab Hanbali turut mengharuskan disebabkan salji, kesejukan angin kencang dan, wanita yang istihadah dan sepertinya. Mazhab Hanbali adalah yang paling luas keharusan untuk jamak ini. Mereka berdalil kepada hadis riwayat Muslim yang sohih dari Ibn Abbas, ertinya:

“Rasululllah telah menjamakkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah tanpa jelas ketika itu wujud sebarang suasana ketakutan atau hujan. Ditanya kepda Ibn Abbas apakah tujuan baginda ? Maka dijawab: Baginda mahu agar tidak menyukarkan ummatnya.

Kesatuan ulama Fiqh sedunia telah membincangkan hadis ini dan meletakkan syarat kesukaran, keuzuran, sakit dan yang sepertinya bagi sesiapa yang ingin beramal dengan jamak solat sebagaimana dalam hadis tadi. Tanpa sebarang keuzuran dan suasana yang munasabah, jamak TIDAK DIBENARKAN.

KESIMPULAN

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Fatawa Mu’asiroh) mengharuskan jamak dalam keadaan uzur dan kesukaran, ini terpakai dalam suasana banjir dan keadaan sukar di tempat pemindahan banjir dan rumah masing-masing, BUKAN SAHAJA DI MASJID, ( rujuk al-Umm, 1/76) khususnya dalam keadaan banjir belum surut, hujan pula masih turun, pakaian dan peralatan serba kurang. Air bersih terlalu terhad.

Hukumnya adalah HARUS dan DIBOLEHKAN untuk menjamakkan solat Zohor dan Asar, serta Maghrib dan Isyak, ia meringankan kerana dengan sekali wudhuk dua solat fardhu dapat diselesaikan, pastinya sukar untuk menjaga wudhu dan sukar untuk berwudhu berulang kali dalam keadaan kekurangan air bersih yang meyakinkan. Tetapi jika batal diantara dua solat jamak itu, wudhu tetap WAJIB diambil.

Jika terlalu terdesak dan tiada air mineral atau bersih paip, menggunakan air banjir juga masih dibenarkan namun wajar dielakkan setakat mampu.

Cuma para ulama bersepakat jika solat jamak tanpa keuzuran sebenar dan menyalahgunakan keringanan ini, solat adalah batal dan tidak sah.

Jika penempatan banjir atau rumah mangsa banjir turut dinaiki air dan tiada tempat yang kering sepenuhnya, maka DIHARUSKAN solat sambil duduk atas kerusi, dengan rukuk dan sujud sekadar membengkok badan ke bawah. sujud mestilah lebih ke bawah berbanding rukuk. namun tiada menyentuh air banjir

BERCAMPUR LELAKI WANITA

Manakala soalan, berkaitan campur lelaki wanita di tempat wudhuk, wudhuk masih mesti diambil. Bagi membolehkan ia diambil oleh wanita saya mencadangkan beberapa perkara iaitu :

1.Cakap elok-elok pada kaum lelaki agar pergi mengosongkan tempat terbabit sebelum berwudhuk.

2.Minta ketua atau pegawai beri kerjasama untuk wanita berwudhuk.

3.Meminta saudara mara ambil kain cadar atau yang sesuai bagi dibuat penghadang semasa ahli keluarga wanita masing-masing ingin mengambil wudhu.

Sekian, semoga dapat beramal dalam apa jua keadaan.

https://www.zaharuddin.net
Read More..

Selasa, 17 Desember 2013

Remaja Lelaki Di Kemaman Korban Pertama Banjir Tahun Ini!


KUALA LUMPUR — Banjir yang kini melanda Kemaman,
Terengganu meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditemui
lemas dalam kejadian di Kampung Padang Kubu, Kijal semalam.

Menurut Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, beliau
turut dimaklumkan seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam kejadian air
pasang besar, juga di Kijal.

Berdasarkan laporan Bilik Gerakan Banjir daerah Kemaman, lebih 1,000 mangsa
daripada 483 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kata Ahmad
Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, kepada pemberita di sini
hari ini.

Katanya Jabatan Penerangan telah dikerah ke semua kawasan terjejas bagi
memastikan mangsa mendapat maklumat terkini berhubung bencana banjir di kawasan
masing-masing.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara sudah membuat persediaan rapi
dengan menghantar bekalan dan bantuan awal ke kawasan yang dikhuatiri akan
terjejas banjir.

Selain Terengganu, banjir turut melanda Johor yang membabitkan 4,765 mangsa
setakat ini dan Pahang dengan kira-kira 5,000 mangsa.  — BERNAMA
Read More..